|
sebuah
institut khusus untuk mengumpul mereka yang berminat dengan konsep perubatan
alternatif dari seluruh negara.
Pada tahun
2004, beliau melalui Colour Vibration Therapy mencipta sejarah baru apabila
mendapat pengiktirafan fakulti dan gabungan dengan The Open International
University for Complementary Medicines. Penubuhan Fakulti Universal Science
of Colours tercatat pada 5 April 2004, yang kini sedang beroperasi di Shah
Alam, Selangor. Pada tahun itu juga penganjuran kali pertama konvokesyen
Fakulti Universal Science of Colours serentak dengan Kongres Perubatan
Komplimentari Antarabangsa Colour Vibration Therapy dijayakan iaitu pada
bulan September 2004. Tidak terhad dengan pengiktirafan sebelum ini, beliau
dianugerahkan dengan gelaran Sir di mana ia disempurnakan sendiri oleh
Pengerusi The Open International University for Complementary Medicines,
Prof. Dr. Sir Anton Jayasuriya juga pada majlis Kongres Sedunia di Shah Alam,
Selangor, Malaysia pada tahun yang sama.
Hasil
daripada pengalaman luas dalam bidang kesihatan, beliau mengemukakan
pandangan tersendiri yang lebih unik tentang kehidupan melalui konsep yang
dinamai 'Multi-Disiplin Seni Sains Kehidupan Melalui Falsafah Kesihatan'
dengan garapan teknologi perubatan yang lebih menyeluruh dan diterjemahkan
dalam bentuk falsafah merangkumi aspek keagamaan dan saintifik menerusi
berbagai bentuk kebermaknaan kata. Ini adalah manifestasi jurusan kesihatan
yang lebih merangkumi segala aspek kehidupan serta berlangsung secara
serentak tanpa ada suatu pun yang terkecuali daripada 'keserentakan' hukum
alam semesta dan segala penciptaanNya.
Beliau dianugerahkan dengan tahap Emeritus pada tahun 2006 melalui majlis
Kongres Sedunia Perubatan Komplimentari di Melaka.
Kini beliau giat meneruskan usaha membangunkan Colour Vibration Therapy dan
Fakulti Universal Science of Colours dengan menetapkan visi bahawa semua
lapisan masyarakat berhak memperolehi manfaat yang tidak terbatas melalui
keharmonian dan keseimbangan tahap kesihatan. |